Satu lagi kisah menarik dari United Arab Emirates (UAE). Kita pernah mendengar sungai buatan manusia, tasik buatan manusia dan banyak lagi. Pasti semua itu sudah biasa kita dengar sekarang ini, tetapi agak menarik di ibu negara UAE iaitu Dubai kerana sebuah syarikat pembinaan & pembangunan gergasi UAE iaitu Nakheel dalam usaha menghasilkan pulau buatan manusia pertama di dunia dan yang paling mengujakan, pulau ini berbentuk seperti peta dunia. Ia dinamakan The World
Terletak di pesisir pantai Dubai, 300 buah pulau kecil bakal dibina dan disusun membentuk seperti benua dunia. Terdapat rumah-rumah mewah peribadi, rumah estet, resort dan hotel serta kelompok pulau-pulau kecil lain bakal menghiasi tanah pulau buatan manusia ini.
Untuk gambaran yang lebih jelas tentang The World, mari kita saksikan video dari sumber Youtube.