Hikayat Hidupku merupakan sebuah blog yang telah dihasilkan oleh Zamir Roslan dalam melengkapi hidup beliau sebagai seorang penulis blog amatur.
Pada mulanya Hikayat Hidupku lebih banyak memaparkan tentang ceritera-ceritera hidup peribadi Zamir Roslan, selepas penjenamaan semula blog ini telah bertukar format dan konsep sebagai blog bebas dimana bukan setakat menceritakan tentang coretan hidup Zamir Roslan malah lebih daripada itu. Skop Hikayat Hidupku kini lebih luas dimana mengetengahkan topik-topik menarik seperti informasi berguna, penghebahan, fakta mahupun hiburan seperti muat turun lagu-lagu terkini.
Warna merah menyala menjadi trademark dan tarikan blog ini. Warna merah dipilih kerana warna ini menampakkan keberanian dan kegairahan blogger dalam menyampaikan maklumat. Warna merah juga dapat menarik perhatian para pembaca blog ini. Daripada mata yang kuyu boleh terus terbeliak ketika memasuki blog ini.
Kini Blog Hikayat Hidupku lebih mudah dicari menggunakan enjin carian Google. Cuma taip "hikayat hidupku" ataupun "fakta mania", keputusan carian pertama yang berada diatas itulah blog Hikayat Hidupku!
Setakat ini bilangan yang mengikuti blog ini / followers baru sahaja bawah dari 50 orang. Blogger mengharapkan suatu hari nanti bilangan pengikut/followers blog ini akan bertambah sedikit demi sedikit.
Insyallah, jika blog ini terus bernyawa selagi itu pembaca akan terus menerjah blog merah menyala ini. Doakan saya untuk terus kekal aktif sebagai penulis blog, kerana saya masih lagi muda dan banyak yang perlu saya pelajari lagi untuk menjadi seorang blogger yang hebat. Insyallah, segala kelemahan-kelemahan akan saya perbaiki sedikit demi sedikit.
Terima Kasih kepada anda semua yang menyokong blog Hikayat Hidupku!
Kini anda boleh ikuti sebarang update blog Hikayat Hidupku ini di Facebook.
Ikuti Blog Hikayat Hidupku di Facebook
Sekian, Terima Kasih!
*inilah rupa header blog Hikayat Hidupku ketika pertama kali blog ini dihasilkan
Inilah header yang terbaru blog Hikayat Hidupku yang tampak lebih funky, berwarna lebih ceria dan lebih fresh.