Friday, May 31, 2013

FAKTA-MANIA! :: Selamat Tinggal Mexico City!






Tahukah anda, Mexico City mencatatkan paras air laut yang meningkat paling mendadak?
Catatan menunjukkan bahawa Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun!
Mungkin tidak lama lagi Mexico City bakal lenyap dari muka bumi.




Monday, May 21, 2012

Pulau Buatan Manusia Berbentuk Peta Dunia



Satu lagi kisah menarik dari United Arab Emirates (UAE). Kita pernah mendengar sungai buatan manusia, tasik buatan manusia dan banyak lagi. Pasti semua itu sudah biasa kita dengar sekarang ini, tetapi agak menarik di ibu negara UAE iaitu Dubai kerana sebuah syarikat pembinaan & pembangunan gergasi UAE iaitu Nakheel dalam usaha menghasilkan pulau buatan manusia pertama di dunia dan yang paling mengujakan, pulau ini berbentuk seperti peta dunia. Ia dinamakan The World


Terletak di pesisir pantai Dubai, 300 buah pulau kecil bakal dibina dan disusun membentuk seperti benua dunia. Terdapat rumah-rumah mewah peribadi, rumah estet, resort dan hotel serta kelompok pulau-pulau kecil lain bakal menghiasi tanah pulau buatan manusia ini.





Untuk gambaran yang lebih jelas tentang The World, mari kita saksikan video dari sumber Youtube.


Saturday, February 18, 2012

Menara Berputar Pertama Di Dunia

Entri untuk kali ini tidak ada kena mengena dengan segmen Fakta-Mania! Saya hentikan buat sementara waktu segmen tersebut bagi memberi laluan kepada entry-entry lain.

Merujuk kepada tajuk entry kali ini, "Menara Berputar Pertama di Dunia". Soalan saya, pernahkan anda melihat menara berputar sebelum ini? Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah melihat menara berputar.

Untuk pengetahuan anda semua, di negara yang semakin membangun sekarang United Arab Emirates atau lebih dikenali sebagai UAE sedang membina menara yang paling unik yang pernah dibina oleh manusia iaitu menara yang boleh berputar. Sebelum ini juga, UAE pernah memukau mata dunia dengan pembinaan menara tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai (kini dikenali sebagai Burj Khalifa).

dan pada masa yang sama, ibu negara Rusia iaitu Moscow juga dalam perancangan membina menara berputar mereka yang pertama.

Sebenarnya, menara berputar ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri seperti dapat menjana tenaga elektrik pada satu bandar tersebut. Apabila menara ini berputar, turbine akan berputar dan menghasilkan tenaga dan konsep ini lebih kurang sama seperti penjanaan tenaga empangan hydroelektrik. Dikatakan juga, pembinaan menara berputar ini mengambil masa yang singkat berbanding dengan membina menara seperti biasa. Ini kerana, setiap tingkat adalah seperti susunan bongkah blok sahaja.


*ini merupakan menara berputar di Dubai, UAE

Untuk paparan yang lebih jelas lagi tentang menara berputar ini, mari kita saksikan video yang disediakan dari sumber Youtube.

Friday, December 30, 2011

Iklan Kit Kat versi Kelate (TVC Budu Kelate) - Full Version


Yang dinanti telahpun tiba! Video full version iklan budu versi KitKat telahpun siap di upload di YouTube.. Ini merupakan video full version dari teaser sebelum ini berdasarkan task yang diberikan oleh pensyarah untuk subject Advertising. Kami diberi tugasan untuk menghasilkan video TV Commercial (TVC) berkenaan dengan budu dalam loghat Kelantan. Iklan yang dihasilkan perlulah berdasarkan video iklan TVC yang pernah ada di Malaysia. Kami telah memilih iklan Kit Kat iaitu dimana situasi diantara Hang Tuah iaitu M.Nasir yang memasuki kedai runcit (kedai 24jam) dan seorang casher.Selamat menontot video TVC ini.!


Ini merupakan video asal iklan TVC Kit Kat Malaysia.
kepada yang terlepas utk menyaksikan video teaser klik disini

Tuesday, December 13, 2011

Iklan Kit Kat versi Kelate (TVC Budu Kelate) - Teaser


Ini merupakan video teaser untuk task yang diberikan oleh pensyarah untuk subject Advertising. Kami diberi tugasan untuk menghasilkan video TV Commercial (TVC) berkenaan dengan budu dalam loghat Kelantan. Iklan yang dihasilkan perlulah berdasarkan video iklan TVC yang pernah ada di Malaysia. Kami telah memilih iklan Kit Kat iaitu dimana situasi diantara Hang Tuah iaitu M.Nasir yang memasuki kedai runcit (kedai 24jam) dan seorang casher. Jangan lupa saksikan video TVC full version disini!


Ini merupakan video asal iklan TVC Kit Kat Malaysia.
Saksikan video full version dsini!

Saturday, November 26, 2011

My Personal Blog

Jangan lupa lawat blog peribadi aku di

Blog Archive