Entri untuk kali ini tidak ada kena mengena dengan segmen Fakta-Mania! Saya hentikan buat sementara waktu segmen tersebut bagi memberi laluan kepada entry-entry lain.
Merujuk kepada tajuk entry kali ini, "Menara Berputar Pertama di Dunia". Soalan saya, pernahkan anda melihat menara berputar sebelum ini? Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah melihat menara berputar.
Untuk pengetahuan anda semua, di negara yang semakin membangun sekarang United Arab Emirates atau lebih dikenali sebagai UAE sedang membina menara yang paling unik yang pernah dibina oleh manusia iaitu menara yang boleh berputar. Sebelum ini juga, UAE pernah memukau mata dunia dengan pembinaan menara tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai (kini dikenali sebagai Burj Khalifa).
dan pada masa yang sama, ibu negara Rusia iaitu Moscow juga dalam perancangan membina menara berputar mereka yang pertama.
Sebenarnya, menara berputar ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri seperti dapat menjana tenaga elektrik pada satu bandar tersebut. Apabila menara ini berputar, turbine akan berputar dan menghasilkan tenaga dan konsep ini lebih kurang sama seperti penjanaan tenaga empangan hydroelektrik. Dikatakan juga, pembinaan menara berputar ini mengambil masa yang singkat berbanding dengan membina menara seperti biasa. Ini kerana, setiap tingkat adalah seperti susunan bongkah blok sahaja.
*ini merupakan menara berputar di Dubai, UAE
Untuk paparan yang lebih jelas lagi tentang menara berputar ini, mari kita saksikan video yang disediakan dari sumber Youtube.