Showing posts with label FAKTA-MANIA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA-MANIA. Show all posts

Friday, May 31, 2013

FAKTA-MANIA! :: Selamat Tinggal Mexico City!






Tahukah anda, Mexico City mencatatkan paras air laut yang meningkat paling mendadak?
Catatan menunjukkan bahawa Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun!
Mungkin tidak lama lagi Mexico City bakal lenyap dari muka bumi.




Monday, May 24, 2010

FAKTA-MANIA! :: Jam Boleh Tersenyum?

Perasan atau tidak, setiap kali melihat iklan jam di televisyen mahupun yang ditayangkan di cermin kedai kebanyakkan jam menunjukkan pukul 10:10?
Mengapa pukul 10:10?
Ini kerana jam itu akan kelihatan seperti sedang tersenyum apabila jarum jam menunjukkan pukul 10:10.

Tuesday, May 18, 2010

FAKTA-MANIA! :: Topeng yang Sama dalam Filem yang Berbeza

Tahukah anda topeng tokoh Michael Myers dalam filem horror "Halloween" sebenarnya adalah topeng tokoh Captain Kirk dalam filem "Star Trek". Topeng tersebut telah dicat semula kepada warna putih. Ini kerana mereka kekurangan modal.

Monday, May 17, 2010

FAKTA-MANIA! :: Memperlahankan Kelajuan Filem Kerana Bruce Lee

Tahukah anda akibat kelincahan dan kepantasan gerakan Bruce Lee, penerbit filem terpaksa memperlahankan kelajuan filem supaya penonton dapat melihat semua aksi gerakan beliau.



FAKTA-MANIA! :: Bersin Juga Ada Bahayanya

Ini ada sedikit fakta tentang fenomena bersin.
Tahukah anda, jika anda bersin terlalu kuat ia dapat meretakkan tulang rusuk!
manakala jika anda cuba menahan daripada bersin, ia boleh menyebabkan pembuluh darah di kepala dan leher pecah!! dan semestinya akan menyebabkan kematian.
Jika anda memaksa mata terbuka ketika bersin, bola mata boleh terkeluar dari tempatnya!!
Jangan main-main!! Bersin juga ada bahayanya. Jadi, bersinlah dengan cara yang betul & selamat..



Saturday, May 15, 2010

FAKTA-MANIA! :: Angkasawan Tidak Dibenarkan Makan Kacang?





Seseorang angkawasan itu tidak dibenarkan memakan kacang sebelum menjelajah ke ruang angkasa lepas.
Ini kerana, jika mereka terkentut di dalam baju khusus angkasawan, ia boleh membahayakan dan memudaratkan mereka.

Melainkan jika mereka memakai suit angkasawan ini >> klik disini!

FAKTA-MANIA! :: Kucing Juga Boleh Berpeluh





Tahukah anda kucing juga boleh berpeluh?
Kucing akan mengeluarkan peluh melalui telapak kakinya, yang menariknya kucing akan berpeluh terutamanya apabila terdengar gonggongan anjing.




Friday, May 14, 2010

FAKTA-MANIA! :: Telefon Awam Melebihi Penduduk?





Di Bandaraya Washington DC, Amerika, dewan bandaraya bandar itu telah menyediakan kemudahan telefon awam kepada penduduknya. Tetapi yang menariknya, bilangan telefon awam mengalahkan penduduk-penduduknya iaitu lebih banyak daripada bilangan penduduk Washington DC!


*mungkin telefon awam di Washington DC disediakan mengikut ketinggian seseorang itu?..



FAKTA-MANIA! :: Wanita Eropah Tidak Memakai Seluar Dalam?





Adakah wanita Eropah memang tidak gemar memakai seluar dalam?
Sebenarnya kisahnya begini.
Mengikut fakta, Di Eropah kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam.
Apakah sebabnya? Ini kerana pada ketika itu seluar dalam belum lagi diperkenalkan kepada seluruh warga Eropah terutamanya wanita sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. Jadi, mulai saat itulah barulah mereka mengenali seluar dalam dan mula memakainya.




Tuesday, May 11, 2010

FAKTA-MANIA! :: Ramai Orang Tersedak Pen Ballpoint

Tersedak atau tercekik makanan adalah satu perkara yang tidak menghairankan jika berlaku bagi setiap orang. Tetapi tersedak pen ballpoint pastinya suatu yang ganjil bukan?

Jangan berasa hairan kerana...
Tahukah anda kira-kira 100 orang tersedak pen ballpoint setiap tahun? Adakah ini petanda bahawa orang gemar memakan pen ballpoint?? Haha.. no comment!





* ini mungkin antara punca utama kenapa ramai orang tersedak pen ballpoint

Monday, May 3, 2010

FAKTA-MANIA! :: Rakyat Amerika Punya Minat yang Sama







Apakah warna kegemaran anda?
Jika ditanya pasti minat pada warna kegemaran kita mungkin berbeza bagi setiap individu, ada rata-ratanya meminati warna hijau,hitam, merah dan sebagainya. Minat pada warna yang pelbagai adalah satu kebiasaan bagi setiap rakyat di mana-mana negara sekalipun.
Tetapi berbeza di negara Amerika,
Tahukah anda 80% rakyat Amerika gemar pada warna yang sama iaitu biru

*Tidak hairanlah Facebook,Myspace,Logo American Idol dan banyak lagi memilih warna biru sebagai warna asas, kemungkinan mereka ini tergolong dalam lingkungan 80% yang gemar pada warna biru itu.



Saturday, May 1, 2010

FAKTA-MANIA! :: Perang Paling Singkat

Perang kebanyakkannya berlarutan sehingga berpuluh-puluh tahun, dan ada diantaranya hampir beratus-ratus tahun.
Tapi pernahkah anda terpikir dalam sejarah dunia terdapat perang yang paling singkat yang pernah berlaku?
Adakah seminggu? ataupun sehari?

Perang paling singkat dalam sejarah ialah perang Zanzibar dan England pada tahun 1896 dimana Zanzibar menyerah kalah setelah 38 minit berperang!

Friday, April 30, 2010

FAKTA-MANIA! :: Asal Usul Logo Minuman 7-Up

Anda pasti gemar meminum minuman 7-Up bukan?
Pernahkah anda memerhati pada logo 7-Up?
Terdapat titik merah / bulatan merah pada logo tersebut. Sebenarnya ada maksud tersirat disebalik titik merah itu.
Tahukah anda titik logo berwarna merah pada logo minuman 7-Up merujuk kepada dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino.

Thursday, April 29, 2010

FAKTA-MANIA! :: Orang Tangan Kanan Panjang Umur?

Anda seorang kidal ataupun tidak?
Jika Ya..

Orang yang menggunakan tangan kanan dalam sebarang perbuatan yang dilakukannya tidak kiralah menulis dan sebagainya, didapati 9 tahun lebih panjang umur berbanding dengan orang yang melakukan sebarang perbuatan dengan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil sebagai kidal

Wednesday, April 28, 2010

FAKTA-MANIA! :: Maksud Huruf YKK pada Zip Seluar?

Anda perasan atau tidak setiap zip seluar yang anda pakai tertera huruf YKK?
Apakah maksud YKK ini?
Sebenarnya YKK merujuk kepada Y yang bermaksud Yoshida, K yang bermaksud Kogyo, dan K yang bermaksud Kabushibibaisha. Apakah Yoshida Kogyo Kabushibibaisha ini?

Sebenarnya Yoshida Kogyo Kabushibibaisha ini merupakan sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip seluar. Jadi semua seluar yang anda pakai sekarang kebanyakkannya tertera huruf YKK ini.

Blog Archive