Saturday, May 29, 2010

Jom Sertai Geng Tangkap Gambar Atas Kepala!

Anda mempunyai habit atau kebiasaan dalam mengambil gambar atas kepala?
Jika dilihat pada masa kini, trend atau budaya remaja-remaja dalam mengambil gambar kebanyakkannya terdiri daripada pose atau gaya mengambil gambar atas kepala. 


Baru baru ini, saya melihat seorang kawan saya menyertai kumpulan GENG TANGKAP GAMBAR ATAS KEPALA di Facebook. Ia menarik minat saya kerana kumpulan/group ini sangat unik sekali dimana tujuan atau matlamat utama penubuhan group tersebut adalah untuk menghargai insan-insan yang suka mengambil gambar melalui atas kepala mereka. Macam kelakar la jugak. Tetapi, bagi saya ia sesuatu yang unik dan releven mengapa group ini ditubuhkan kerana memang ramai org suka mengambil gambar atas kepala ni.. (termasuklah saya... =.=')


Ok, saya kongsikan sedikit info tentang group ini. Group Geng Tangkap Gambar Atas Kepala ini ditubuhkan pada hari Isnin, bertarikh 24/5/2010. Berdasarkan info yang terdapat di laman group tersebut, Izzat Abdul Wahab  merupakan Pengurus Besar group GENG TANGKAP GAMBAR ATAS KEPALA dan beliau juga merupakan selaku perintis kepada group ini. Setakat ini group ini mempunyai 6 admin termasuklah Izzat Abdul Wahab sendiri.


Paling menarik sekali. Tidak sampai seminggu penubuhannya, group ini sudah mencapai kapasiti 560 orang ahli!! (setakat 29/5/2010 - Pukul 11:17pm)


Jika anda salah seorang daripada insan yang suka tangkap gambar atas kepala bolehlah sertai group GENG TANGKAP GAMBAR ATAS KEPALA ini sekarang!!


Untuk sertai boleh la klik link dibawah ini > http://www.facebook.com/group.php?gid=124142987615846
atau cari sahaja geng tangkap gambar atas kepala di Facebook.





































*ini antara salah satu topik perbincangan di group ini melalui ruangan Discussion.

Blog Archive