Monday, March 29, 2010

Gabungan yang Memartabatkan Bahasa Melayu

Pada masa kini kita dapat lihat sedikit sebanyak rasa cinta kita dalam penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian semakin terhakis. Contoh terdekat dalam laman sosial seperti Facebook, Myspace mahupun blog-blog sekalipun. Kebanyakkan anak-anak muda sekarang lebih gemar menggunakan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Ada juga yang menggunakan Bahasa Melayu tetapi bercampur dengan Bahasa Inggeris. Seperti yang selalu kita sedia maklumlah, bahasa rojak ataupun Manglish.


Jarang-jarang sekali kita melihat pengguna laman-laman sosial ini menggunakan Bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Melayu secara baku.
Sejak akhir-akhir ini saya tertarik melihat rakan-rakan kenalan saya di Facebook yang menggunakan Bahasa Melayu baku dalam penulisan di Status Dinding Profile mereka.

Tidak lama kemudian saya melihat satu Group/Gabungan di laman sosial Facebook ini yang cuba memartabatkan Bahasa Melayu terutamanya dalam penggunaan Bahasa Melayu baku. Mereka menggelarkan group mereka sebagai Gerakan Bahasa Melayu Baku atau (GBMB)






Group ini ditubuhkan oleh Muhammad Amiruddin Ismail. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah turut serta dalam group ini di Facebook.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive